Thursday, 21 March 2019

Cheesekut!!!

Resipi hari ini adalah cheessssseeeekut! Ha,mesti ramai dah mahir buat cheesekutkan? Hmm, tapi admin nak share macam mana nak buat cheeseekut cara yang mudah. Yang mana ada recipes lain tu, tak salah kalau nak share.

a) Bahan - bahan

- 1 paket biskut kering (jenama apa - apa pun boleh)
- 1/2 tin susu pekat
- 1/4 cawan susu segar 
- 250g cream cheese Tatura
- Serbuk milo / nestum (ikut favourite anda)

b) Cara - cara: 

- Pertama, masukkan cream cheese,susu pekat dan susu segar dalam blender.Mulakan blend untuk kedua - dua bahan ini sehingga sebati.

- Celupkan biskut kering tadi ke dalam susu segar. Selepas itu,buat lapisan nipis dengan campuran kisaran tadi.

- Susun semua biskut di atas lapisan cream cheese tadi. Ulang langkah 2 dan tiga sehingga habis campuran cream cheese tadi.

- Seterusnya taburkan serbuk milo sebagai topping anda. Bukan milo sahaja. Topping apa - apa pun boleh.

- Akhir sekali,simpan dalam peti sejuk semalaman dan selepas itu boleh kita makaaaaannn!



No comments:

Post a Comment

Ayam Masak Merah

• 1/2 ekor ayam • sedikit garam kunyit Bahan-bahan kisar: •4-5 biji cili kering •1 cm halia •2 ulas bawang putih • 1 labu bawang besar •...